Kamis, 14 Juli 2016

12 Tempat Pelancongan Percutian Menarik Malaysia yang Wajib Dikunjungi

Tags

Tempat Percutian Menarik Di Malaysia - Bosan dengan percutian yang biasa? Senarai kami ini bukan tempat percutian yang biasa kita dengar dan tidak ramai orang pergi. Jarang nampak destinasi ini di kaca televisyen. Malahan, jarang-jarang kita baca di akhbar dan majalah. Mungkin ada, tetapi kurang liputan. Mungkin apabila kurang promosi, tempat ini jadi lebih eksklusif!


Jika ada anak kecil, amat sesuai ajak mereka ke tempat yang lain dari yang lain ini. Ketahui tempat percutian menarik di Malaysia yang sungguh unik ini.

1. Casa Titik, Cherating, Pahang


Ingin rasa seperti berada di Sepanyol? Tidak perlu ke Madrid atau Barcelona semata-mata untuk merasai pengalaman itu. Boleh pergi ke Casa Titik di Kuantan, Pahang. Sambil bermain pantai, sambil menikmati keindahan alam.


Rating terkini di Agoda ialah 8.4/10. Siap dengan kolam renang kecil, sesuai jika anak tidak mahu mandi laut. Banyak kedai makanan seafood yang berdekatan.

Web: casatitik.com
Facebook: facebook.com/casatitik

2. Villa Samadhi, Kuala Lumpur


Mahu seperti di Bali? Boleh singgah ke Villa Samadhi. Memang untuk pelancong, tetapi tidak semestinya orang tempatan tidak boleh datang. Memenangi TripAdvisor Traveler’s Choice Award 2014, Villa Samadhi tampak cukup mendamaikan. Rating Agoda juga 8.7/10.


mengatakan Villa Samadhi tidak membenarkan bawa anak-anak kecil. Ini untuk menjaga privasi pengunjung di sana. Untuk confirmation, boleh hubungi Villa Samadhi terlebih dahulu.

Web: villasamadhi.com.my
Facebook: www.facebook.com/VillaSamadhi

3. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan


Selain Villa Samadhi yang berada di tengah-tengah bandar, mahu kelainan dan kedamaian seperti di Bali di kawasan kampung? Boleh datang ke The Dusun.

Foto Kredit: TheDusun
Nota: TheDusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana. Ini kerana pemilik TheDusun yang bukan beragama Islam ada membela seekor anjing di resort ini. Boleh lihat gambar anjing yang bernama Maya di laman Facebook TheDusun


Web: thedusun.com.my
Facebook: facebook.com/thedusun

4. Eight Acres, Raub, Pahang


Eight Acres ialah sebuah resort yang eco-friendly. Amat unik kerana berada di antara kebun buah-buahan, kelapa sawit dan pokok getah.



Web: eightacres.net
Facebook: facebook.com/8Acres

5. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang


Tanah Aina ada 4 lokasi berlainan iaitu di Bentong dan Raub, Pahang and Desaru, Johor. Setiap Tanah Aina adalah unik dan akan membuatkan percutian kita sesuatu yang akan diingati sampai bila-bila. Tanah Aina yang lain adalah seperti berikut:


Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Pahang, Malaysia
Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor, Malaysia
Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang, Malaysia

Merupakan satu resort eco-tourism di Pahang, Tanah Aina menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Boleh ke sungai yang berdekatan dengan resort.


Foto Kredit: Tanah Aina
Web: tanah-aina.com
Facebook: facebook.com/tanahaina

6. Sekeping Serendah, Selangor


Bagaikan satu kediaman mewah di dalam hutan! Sambil mendengar bunyi unggas dan serangga hutan, sungguh mendamaikan.



Foto Kredit: Sekeping Serendah
Web: sekeping.com/serendah/
Facebook: facebook.com/sekepingretreats

7. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan



Juga terletak di dalam hutan simpan. Nampak terpencil dan akan mendekatkan diri kita dengan alam semulajadi.

Foto Kredit: The Shorea
Nota: Pembaca kami memberikan informasi dalaman The Shorea juga juga mempunyai anjing yang dibiarkan bebas di kawasan resort.
Web: theshorea.com
Facebook: facebook.com/TheShorea

8. Belum Eco Resort, Grik, Perak


Belum Eco Resort ialah sebuah pulau di tengah-tengah Tasik Belum, Perak. Kawasan persekitarannya ialah hutan hujan tropika yang berusia 300 tahun!

Web: belumecoresort.com.my
Facebook: facebook.com/pages/Belum-Eco-Resortcommy/177612752273706

9. Limastiga, Umbai, Melaka






Inginkan suasana kampung yang modern, dilengkapi dengan kolam renang? Datanglah ke Limastiga. Hanya 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur sahaja.



Foto Kredit: LimasTiga
Nota: LimasTiga hanya untuk pengunjung Muslim sahaja.
Web: limastiga.blogspot.com
Facebook: facebook.com/Limastiga

10. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka



Suasana bagaikan kampung zaman dahulu, di tepi Selat Melaka.


Foto Kredit: Desa Balqis
Web: desabalqis.com
Facebook: facebook.com/DesaBalqis

11. D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang



Lagi resort yang memberikan suasana kampung zaman dahulu. Sungai yang bersih dan cantik hanya beberapa langkah dari resort ini. Tidak perlu kesibukan Genting Highlands yang cuma sepelaung.


Foto Kredit: D’Ark Training & Resort
Web: darkresortjandabaik.blogspot.com
Facebook: facebook.com/pages/DArk-Training-Resort/231901376824709

12. Terrapuri Heritage Village, Kuala Terengganu, Terengganu




Foto Kredit: Terrapuri Heritage Village
Angin sepoi-sepoi bahasa dari Laut China Selatan bakal buat anda rasa relaks sepanjang berada di sini.

Web: terrapuri.com
Facebook: facebook.com/Terrapuri

Rancang Percutian Tempat Menarik di Malaysia

Sila semak tarikh cuti sekolah 2015 dan jadual cuti umum 2015 untuk merancang percutian. Dengan adanya senarai resort ini, semoga persaudaraan dan hubungan kekeluargaan kembali bertaut semula dan rapat seperti dahulu.

Semoga bermanfaat!